Fenomena 'Mat Kilau' Masih Onz! Bakal Ditayangkan Di Kelantan Secara Percuma

Demam ‘Mat Kilau’ masih belum reda! Manakan tidak, filem arahan Syamsul Yusof itu baru saja melepasi kutipan tiket berjumlah lebih RM80 juta di seluruh negara dan juga Singapura serta Brunei.

fenomena 'mat kilau' masih onz! bakal ditayangkan di kelantan secara percuma

Sehubungan itu, seramai 2,000 penonton bertuah di Kelantan bakal diberi tiket percuma untuk menyaksikan tayangan filem fenomena itu pada 8 malam, 24 Julai ini.

Tayangan yang bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan itu akan diadakan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor.

Menurut penyelaras program tersebut, Ahmad Termizi Musa, Kelantan merupakan satu-satunya negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia tidak mempunyai pawagam. Tetapi, sempena Jelajah AKM yang berlangsung dari 22 hingga 24 Julai kali ini, pihaknya berusaha membawa suasana seolah-olah berada di dalam pawagam dengan memastikan keselesaan dan pastinya kenangan yang cukup bermakna buat mereka yang hadir.

“Selain itu, tayangan filem Mat Kilau ini juga adalah antara usaha kita untuk mempromosikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang bertemakan Keluarga Malaysia Tegur Bersama,” katanya.

 

Sumber: [1]