Disoal Pakai Tudung Tapi Tak Ikhlas, “Itu Masalah Mereka,” – Masya Masyitah

Penyanyi, Masya Masyitah, seringkali mencuri perhatian ramai gara-gara dilabel sebagai ‘mangsa fesyen’, tambah pula membawa karakter sebagai seorang muslimah dan wanita berhijab.

disoal pakai tudung tapi tak ikhlas, “itu masalah mereka,” – masya masyitah

Memetik laporan Kosmo, pemilik nama sebenar Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff berkata, beliau enggan memeningkan kepala dengan kritikan tidak berfaedah sedangkan dia sendiri tahu apa yang terbuku dihati terutamanya tentang pendirian dan imannya.

 

“Saya bukan muslimah yang sempurna. Banyak lagi kekurangan dalam diri ini. Orang nak kutuk atau kritik, itu terpulang kepada mereka. Nasihat saya, lebih baik cermin diri terlebih dahulu sebelum bercakap buruk tentang orang lain.

“Saya sebenarnya, malas nak ambil tahu tentang pandangan khalayak tapi saya tahu, di luar saya ada yang berniat baik dan ada juga yang suka tengok kita jatuh,” katanya.

disoal pakai tudung tapi tak ikhlas, “itu masalah mereka,” – masya masyitah

Tambah Masya, meskipun sering menerima kecaman netizen, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus istiqamah bertudung.

 

“Mereka boleh cakap apa yang mereka suka namun yang tahu siapa diri ini hanya saya dan Allah SWT. Saya masih belajar untuk mengikut suruhan dan ajaran Islam sebaik mungkin.

“Kadang-kadang, saya tersasar tapi saya percaya, itu lumrah manusia.

“Orang cakap saya pakai tudung tapi tak ikhlas, itu masalah mereka. Saya masih mengenal agama dan saya yakin ramai wanita di luar sana sama seperti saya,” kata Masya.

 

Masya sebelum ini menjadi kecaman netizen apabila tampil dengan pakaian baju sekolah dan stokin panjang ala-ala pelajar Jepun. Malah, foto terbaharu Masya sedang bermain badminton juga mengundang kritikan netizen yang dikatakan menampakkan auratnya sebagai seorang wanita muslimah.

 

 

disoal pakai tudung tapi tak ikhlas, “itu masalah mereka,” – masya masyitah

Sumber: Kosmo! / Instagram