Marsha Milan Sedia Buat Rawatan IVF Hujung Tahun Ini, “Saya Takut Juga..”

Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan sudah bersedia untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) hujung tahun ini dalam usaha untuk mendapatkan zuriat selepas lapan tahun usia perkahwinan.

marsha milan sedia buat rawatan ivf hujung tahun ini, “saya takut juga..”

Menurutnya, beliau juga sudah berbincang mengenai perkara ini bersama suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed, selepas membuat bacaan mengenai IVF serta bertanya kepada beberapa rakan mengenai prosedur itu.

 

Buat masa ini, beliau mahu memberi fokus terlebih dahulu untuk pentas akhir sebuah pertandingan nyanyian dalam negara ini, dan jika tiada halangan, prosedur IVF itu akan dilakukannya pada penghujung tahun ini.

 

Kata Marsha, menerusi bacaan dan penyelidikan yang dibuat olehnya, prosedur rawatan IVF itu bukanlah suatu yang mudah dan akui berasa takut untuk menjalaninya.

 

"Saya juga nak tengok perjalanan rawatan IVF kawan saya itu terlebih dulu. Sebenarnya, saya juga takut untuk buat rawatan IVF kerana ada yang beritahu ia 'painful journey' (perjalanan menyakitkan)," katanya.

marsha milan sedia buat rawatan ivf hujung tahun ini, “saya takut juga..”

Menurut Marsha lagi, suami dan keluarga mentuanya tidak memberi tekanan dalam soal mendapatkan zuriat, malah suaminya sendiri sangat positif dan terbuka mengenai perkara itu.

 

"Dia tidak mendesak dalam soal itu dan percaya pada soal rezeki. Sebaliknya saya pula yang bertanya bila mahu bincang soal untuk dapatkan anak itu.

"Mak mentua ada bertanya sama ada saya mahu buat rawatan IVF sambil kami masak di dapur untuk makan tengah hari pada awal tahun lalu.

"Selepas itu, mama (ibu mentua) tidak bertanya lagi sampai sekarang, " katanya.

 

Untuk info, Marsha telah mendirikan rumahtangga bersama ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015 dan baru-baru ini menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-8.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sepol Ali (@sepol_ali)

 

Rawatan IVF pada dasarnya ialah persenyawaan telur di luar badan dengan sperma yang diambil dari lelaki dan telur dari wanita. Sperma dan telur digabungkan bersama-sama, disenyawakan dan membentuk embrio sebelum embrio tersebut dimasukkan semula ke dalam badan wanita.

 

Sumber: HMetro