Penyanyi popular, Marsha Milan, 37, merancang untuk menggunakan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha mendapatkan zuriat pertama selepas tujuh tahun berkahwin.
Menurut Marsha, beliau dan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed sudah pun berbincang mengenai pekara itu.
Ujarnya, pelbagai kaedah termasuk rawatan tradisional telah dilakukannya sepanjang tempoh perkahwinan untuk mendapatkan anak.
Katanya lagi, doktor yang memeriksa memberitahu bahawa mereka sihat dan tiada masalah dari aspek kesihatan untuk mendapatkan anak, cuma belum ada rezeki sahaja lagi.
Bagaimanapun Marsha dan suami masih mencari masa yang sesuai untuk mereka mencuba kaedah IVF, memandangkan beliau terikat dengan jadual yang ketat sebelum ini dan IVF memerlukan beliau cuti panjang dan berehat daripada aktiviti seni.
Dalam pada itu Marsha juga mempertimbangkan untuk mengambil anak angkat jika segala usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil.
"Suami juga tidak menghalang tetapi buat masa ini, dia tidak mahu saya berfikir sejauh itu. Apapun, saya mohon doa daripada semua peminat semoga impian kami untuk memiliki anak sendiri tercapai tidak lama lagi," katanya.
Sumber: HMetro