Kerajaan Malaysia menyasarkan bilangan kes baharu COVID-19 akan turun ke angka bawah 1,000 menjelang Oktober ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu boleh dicapai jika program vaksinasi berjalan dengan lancar seperti dirancang.
"... keberkesanan vaksinasi dianggap purata 75 peratus, kerana kita menggunakan lima (jenis) vaksin dengan pelbagai keberkesanan.
"... kalau unjuran keberkesanan adalah 80 peratus dan laksanakan 150,000 dos kedua vaksin sehari, kita jangkakan pada bulan Oktober kes akan turun bawah 1,000," katanya.
Tambahnya lagi, angka jangkitan harian boleh mencecah lebih 13 ribu pada 14 Jun lalu jika langkah pencegahan yang ketat seperti total lockdown serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dilaksanakan.
Pun begitu, pelaksanaan PKP bukanlah penyelesaian sepenuhnya namun ia boleh memberi ruang dan masa untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengurus pertambahan katil serta ubat-ubatan di hospital.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) pula menyasarkan untuk memberikan suntikan vaksin sehingga 400,000 sehari kepada penduduk di negeri Selangor bagi mengekang penularan COVID-19.
Sumber: Astro AWANI