Malaysia Dinobat Negara Ketiga Di Dunia Paling Malas Jalan Kaki

Kajian mendedahkan Malaysia merupakan negara ketiga di dunia yang malas untuk berjalan kaki.

malaysia dinobat negara ketiga di dunia paling malas jalan kaki

Penyelidikan tersebut dijalankan ke atas 717,000 orang dari 111 negara di Universiti Stanford pada 2017 itu.

Ia turut mendedahkan negara pertama di dunia yang paling malas berjalan kaki ialah Indonesia, yang mana menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO, purata jumlah berjalan kaki negara itu adalah lebih rendah daripada saranan global iaitu sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari.

 

Secara keseluruhan, berikut adalah senarai 10 negara paling malas berjalan kaki berdasarkan penyelidikan:

 

  1. Indonesia: 3,513 langkah sehari

  2. Arab Saudi: 3,807 langkah sehari

  3. Malaysia: 3,963 langkah sehari

  4. Filipina: 4,008 langkah sehari

  5. Afrika Selatan: 4,105 langkah sehari

  6. Qatar: 4,158 langkah sehari

  7. Brazil: 4,289 langkah sehari

  8. India: 4,297 langkah sehari

  9. Mesir: 4,315 langkah sehari

  10. Greece: 4,350 langkah sehari

 

Manakala, 10 negara yang mempunyai purata bilangan langkah tertinggi adalah seperti berikut:

 

  1. Hong Kong: 6,880 langkah sehari

  2. China: 6,189 langkah sehari

  3. Ukraine: 6,107 langkah sehari

  4. Jepun: 6,010 langkah setiap hari

  5. Rusia: 5,969 langkah sehari

  6. Sepanyol: 5,936 langkah sehari

  7. Sweden: 5,863 langkah sehari

  8. Korea Selatan: 5,755 langkah sehari

  9. Singapura: 5,674 langkah sehari

  10. Switzerland: 5,512 langkah sehari

 

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa hasil penyelidikan Universiti Stanford adalah bergantung kepada data daripada aplikasi penjejakan kiraan kaki, iaitu Argus dan Azumi.


Sumber: Tempo