Malaysia Buka Tirai Piala Thomas Dengan Kemenangan!

Bermula bulan ni dan seterusnya memang penuh dengan jadual perlawanan sukan.

Ada Sukan SEA Hanoi, Piala Thomas, Piala Uber, Champions League dan Piala Asia.

Dah seronok berhari raya, bersukan-sukan la pulak gituu.

Piala Thomas baru buka tirai semalam dan Malaysia catat keputusan membanggakan!

Skuad badminton lelaki negara tapaw England 5-0 untuk aksi pertama kumpulan D.

malaysia buka tirai piala thomas dengan kemenangan!

malaysia buka tirai piala thomas dengan kemenangan!

Nampaknya ni satu permulaan yang baik untuk mara ke peringkat seterusnya.

Untuk aksi kedua kumpulan hari ni, Malaysia akan berdepan Amerika Syarikat.

Tapi, Lee Zii Jia ada bagi ‘hint’ yang dia mungkin tak sertai skuad negara untuk perlawanan hari ni.

Katanya nak simpan tenaga untuk lawan wakil Jepun, Kento Momota esok.

malaysia buka tirai piala thomas dengan kemenangan!

Semalam, Zii Jia sumbang mata pertama untuk Malaysia so, mungkin dia perlukan rehat.

Apa-apa pun perancangannya, diharap skuad badminton lelaki negara dapat ‘smash’ Amerika Syarikat hari ni.

Tapi lain pula nasib untuk skuad wanita apabila tersingkir daripada saingan Piala Uber.

malaysia buka tirai piala thomas dengan kemenangan!

Mereka catat kekalahan kedua semalam apabila tewas 1-4 kepada Thailand.

Sebelum tu Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark.

Yang pasti, mereka dah cuba sehabis baik dalam setiap perlawanan dan kalah menang adat pertandingan.

Jangan putus asa dan kembali bersemangat untuk perlawanan akan datang, okay!

Good luck atlet Malaysia!

 

Oleh Izzati Amir