Malaysia Bakal Ada Balai Bomba Paling Tinggi Di Dunia

Jika sebelum ini Pos Malaysia mempunyai peti pos tertinggi di Malaysia, tidak lama lagi kita juga bakal punyai balai bomba yang terletak di lokasi paling tinggi di dunia.

malaysia bakal ada balai bomba paling tinggi di dunia

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal menempatkan balai bomba atau tepatnya pusat operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat (Mosar) di Gunting Lagadan Hut, Gunung Kinabalu dengan ketinggian lebih 3,382.2 meter dari paras laut.

 

Bangunan yang asalnya bekas asrama penginapan itu akan menjadi satu-satunya balai bomba di kawasan altitud tinggi di Malaysia, dan sebagai pusat operasi menyelamat di gunung yang pertama di dunia dikendalikan sepenuhnya oleh kerajaan.

malaysia bakal ada balai bomba paling tinggi di dunia

Menurut Timbalan Pengarah JBPM Sabah, Farhan Sufyan berkata, sejak unit itu ditubuhkan pada 2015, tiada bangunan khas yang sesuai dengan keperluan gerak kerja pasukan tersebut.

 

Pasukan Mosar ketika ini hanya ditumpangkan di bilik penginapan Panalaban dan ia menyukarkan operasi dan keperluan menghadapi kecemasan dan bencana tambah pula dengan bilangan ahli yang bertambah.

 

"Kami ada melakukan tinjauan ke tempat penginapan Mosar di Panalaban dan ia kurang sesuai dan perlu penambahan baikan.

"Oleh itu, berdasarkan perbincangan awal kami bersama Taman-Taman Sabah (TTS) dan mereka (TTS) sudah cadangkan supaya Gunting Lagadan Hut dijadikan lokasi pusat operasi Mosar.

"Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang kami kena semak lagi dari segi keselamatan dan aset ataupun pergerakan yang mana perbincangan lanjut akan diadakan dengan TTS," katanya.

 

Setakat ini, operasi menyelamat Mosar di Gunung Kinabalu sejak 2016 telah terlibat dalam 259 kes penyelamatan, membabitkan pendaki untuk turun ke Gunung Kinabalu. Katanya, kebanyakan kes yang dilaksanakan iaitu menyelamat pendaki yang mengalami akut gunung atau Altitude Mountain Sickness (AMS), kesejukan melampau dan tercedera.

 

"Jika ada pendaki yang ingin mencabar diri menawan puncak Gunung Kinabalu, mereka perlu kenal pasti limitasi tahap kecergasan masing-masing.

"Persiapan fizikal dan mental perlu dilakukan dengan latih tubi sesuai cabaran pendakian Gunung Kinabalu yang beraltitud tinggi dengan paras oksigen rendah serta persediaan dari segi pemakaian bersesuaian bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini," katanya.

 

Sumber: [1]