📷Facebook Datuk Dr Radzi Jidin
Sungguhlah ‘geruh tak berbunyi, malang tak berbau’. Semalam, 5 murid dilapor terlibat insiden tangki air utama kat SMK Melor, Kota Bharu tiba-tiba pecah. Aduh…KJ turut berkongsi rasa simpati. Manalah pernah sangka kan perkara macam tu terjadi. Oh ya, alhamdulillah difahamkan 3 murid dah dibenarkan pulang dari hospital. 2 lagi mangsa masih dirawat kat HUSM.
📷Facebook Datuk Dr Radzi Jidin
Menurut polis Kelantan, salah seorang mangsa tu cedera kat kepala dan dah menerima jahitan. Semoga cepat sembuh dik. Susulan kejadian tu sejumlah kemudahan rosak termasuk surau kecil di kawasan tu. KPM pun dah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan untuk segera memperbaiki kerosakan. Harapannya kejadian tak berulang dan penyelenggaraan lebih kerap dilakukan terutama kat sekolah-sekolah yang dah lama dibina.
Oleh: KJ
Sumber & gambar: AWANI, Sinar Harian, Facebook Datuk Dr Radzi Jidin, Harian Metro, Berita Harian & internet