Maklumkan Pada Polis Jika Anda Balik Kampung Hari Raya Ini

Orang ramai yang berhasrat untuk meraikan Aidilfitri di kampung halaman dinasihatkan untuk memaklumkan ke balai polis berhampiran dengan perumahan anda.

maklumkan pada polis jika anda balik kampung hari raya ini

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ia bertujuan bagi memudahkan anggota polis untuk melaksanakan pemantauan dan rondaan di kawasan perumahan tersebut.

.

"Saya juga mahu menasihati mereka untuk membuat pergerakan pulang pada waktu yang telah dicadangkan pihak pihak pengendali lebuh raya bagi mengelakkan kesesakan," katanya.

.

Tambahnya lagi, hanya 10 peratus pegawai dan anggota Polis Selangor dibenarkan bercuti sempena Aidilfitri kali ini manakala selebihnya perlu bertugas seperti biasa.

.

Sumber: [1], [2]