Majlis Resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan Diadakan Meriah di Astro Radio [Video]

Baru-baru ini, tular majlis pernikahan melibatkan dua pasangan selebriti, Sabri Yunus dan Angeline Tan pada 14 Oktober lalu di sebuah majlis tertutup di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis.

majlis resepsi sabri yunus & angeline tan diadakan meriah di astro radio [video]

Pasangan yang cukup sinonim dengan siktom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini telah diraikan dalam satu majlis resepsi ringkas anjuran radio Gegar dan disiarkan secara langsung di Tiktok @gegar.my.

majlis resepsi sabri yunus & angeline tan diadakan meriah di astro radio [video]

 

@gegar.my

Walimatul Urus, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Merisik sudah bertunang pun sudah, Nikah dilafaz sunnah diwarisi, Termeterai sudah janji bermadah, Majlis pernikahan kini dirai Sireh bertepuk, pinang menari, dua hati memaut janji, Salam bersahut kata bersambut, Hasrat terpaut, Dan dengan izin Illahi, kami mempersilakan Dato’/Datin/Tuan/Puan/ sama-sama sertai bagi menyerikan ikatan janji, izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati Sabri Yunus @sabriyunus & Angeline Tan @angelinetanyy Bertakhtakan adat berzaman, Bersendikan Sunnah Rasullullah S.A.W. Mendirikan istana kasih pertemuan dua hati di teratak kami, Pada hari,   Selasa Jam 9 Pagi di TikTok LIVE GEGAR Bunga mawar kami taburi, Air mawar direnjis wangi, Berkembang kasih menabur budi, Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang merai, Terima kasih dari kami dan raja sehari.

♬ bunyi asal - ✍️ lirik lagu 🎢 Sis Ena

 

Lengkap dengan persalinan serba putih dan pelamin tersergam indah, pasangan merpati sejoli ini diraikan bersama di perkarangan konti Astro Radio dan dihadiri oleh rakan artis dan keluarga besar Astro Radio.

 

@gegar.my Wahh istimewa tadi kejutan di Majlis Resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan 😍🀍. Momen yang takkan dilupakan hari ini 🀍🀍 #Pilihan1PantaiTimur ♬ original sound - GEGAR

 

 

@gegar.my Datin Marlia antara orang terawal yang tahu Sabri Yunus & Angeline Tan akan bernikah. Tak tahan simpan rahsia kenangan terindah ni 😍😍 #Pilihan1PantaiTimur ♬ original sound - GEGAR

 

 

@gegar.my Hari yang bersejarah di GEGAR @cahayaasmawi & Datuk M.Nasir nyanyi lagu lejen gais Lagu Jiwa Lagu Cinta di Majlis Resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan 😍😍 #Pilihan1PantaiTimur ♬ original sound - GEGAR

 

Turut kelihatan bersama adalah Datuk M Nasir dan Datin Marlia Musa dalam meraikan pasangan mempelai pada majlis resepsi gilang-gemilang ini hari ini, 17 Oktober 2023.

 

@gegar.my Meriah majlis resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan Datuk M.Nasir nyanyi lagu Meraikan Cinta 🀍 #Pilihan1PantaiTimur ♬ original sound - GEGAR

 

 

@gegar.my Upacara merenjis dari keluarga Astro Radio dan Datuk M.Nasir & Datin Marlia di Majlis Resepsi Sabri Yunus & Angeline Tan 🀍 #Pilihan1PantaiTimur ♬ original sound - GEGAR

 

Warganet yang bersama-sama menyaksikan acara ini tidak putus memberikan ucapan tahniah kepada Sabri Yunus dan Angeline Tan atas perkahwinan yang dibina dan turut mendoakan agar ikatan tercipta berkekalan sampai hujung nyawa.