Mahalini Luah Hasrat Mahu Cipta Lagu Buat Siti Nurhaliza, “Tapi Sudikah Beliau?”

Penyanyi Indonesia, Mahalini telah meluahkan hasrat secara terbuka mahu menyumbangkan karya ciptaannya buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

mahalini luah hasrat mahu cipta lagu buat siti nurhaliza, “tapi sudikah beliau?”

Menurut pemilik nama sebenar Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, beliau sedia untuk meneroka bidang penghasilan muzik dan amat berbesar hati jika hasratnya itu boleh menjadi realiti suatu hari nanti.

 

"Jika bercerita mengenai penyanyi yang saya minati semestinya Datuk Siti. Namanya bukan saja besar di Malaysia, malah dia merupakan penyanyi yang dikenali di Indonesia dan menjadi fenomena di sana.

"Saya mengalu-alu dan terbuka tetapi Datuk Siti mahukah? Kalau tanya saya sudah tentu saya mahu. Namun adakah beliau sudi untuk menerima lagu saya?

"Beliau memberikan erti peribadi buat saya kerana ketika awal-awal kemunculan dahulu, saya pernah bawakan lagu Datuk Siti di televisyen dan memang banyaklah namanya terdengar di mana-mana," katanya.

mahalini luah hasrat mahu cipta lagu buat siti nurhaliza, “tapi sudikah beliau?”

Untuk info, Mahalini bakal mengadakan Konsert Mahalini Lovechestra, yang turut menampilkan tunangnya, Rizky Febian, pada 3 Feb depan, bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

 

Sumber: HMetro