LRT Tergendala Lagi, Ramai Marah Kena Sidai

Ramai warga kota yang bergantung kepada perkhidmatan awam untuk bergerak ke mana-mana. 

 

Ada yang nak pergi kerja, pergi ke sekolah dan macam-macam destinasi.

 

Kalau perkhidmatan tergendala, besar impaknya kepada pengguna di bandar.

 

Contohnya apa yang berlaku petang semalam melibatkan ribuan pengguna terjejas.

 

Lebih buruk, ia berlaku semasa waktu puncak, orang balik dari pejabat, budak yang pulang dari sekolah.

 

Berikut kronologi masalah teknikal itu berlaku sejak petang semalam berdasarkan Twitter Rapid KL.

lrt tergendala lagi, ramai marah kena sidai

lrt tergendala lagi, ramai marah kena sidai

lrt tergendala lagi, ramai marah kena sidai

lrt tergendala lagi, ramai marah kena sidai

Alternatif lain masa tu mungkin ramai yang nak naik grab tapiiiiiii harga dia cekik darah!

lrt tergendala lagi, ramai marah kena sidai

Terbaru, Rapid KL keluarkan senarai 16 stesen LRT yang tidak akan beroperasi selama 7 hari mulai hari ini hingga 15 November nanti.

lrt tergendala lagi, ramai marah kena sidai

Apa la nasib mereka yang takde kendaraan sendiri tu kan? Macam mana nak keluar bekerja selama 7 hari ni?

 

Ini pula stesen-stesen yang akan beroperasi seperti biasa iaitu mulai jam 6 pagi tapi ditamatkan lebih awal iaitu hingga jam 11 malam.

lrt tergendala lagi, ramai marah kena sidai

Untuk kemudahan pengguna, kemudahan bas perantara pun masih diteruskan pagi ni.

 

Menurut CEO RapidBus, sebanyak 69 buah bas telah digerakkan sehingga jam 9 pagi tadi dan pihaknya sasarkan 80 hingga 85 bas akan digerakkan untuk tujuan itu.

lrt tergendala lagi, ramai marah kena sidai

Rapid Rail dalam sidang medianya berkata, penyelesaian masalah telah dibuat namun hanya bertahan untuk jangka masa pendek .

 

Pihaknya sedang tunggu pakar dari Kanada untuk cari punca sebenar masalah dan pakar tu dijangka akan tiba esok.

 

Kepada majikan, diharapkan ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk mereka yang betul-betul bergantung dengan perkhidmatan awam.

 

Boleh kot pertimbang untuk benarkan mereka “work from home” dalam tempoh seminggu ni je.

 

Harap-harap masalah teknikal LRT ni dapat diselesaikan segera.

 

Oleh Izzati Amir