Tampil Lebih ‘Natural’, Lisa Surihani Dah Malas Fikir Pasal Make Up Bila Keluar

Pelakon, Datin Lisa Surihani mengakui kini beliau sudah berasa malas untuk memikirkan tentang make up apabila hendak keluar ke mana-mana.

tampil lebih ‘natural’, lisa surihani dah malas fikir pasal make up bila keluar

Beliau yang kini sudah berhijrah turut mendapat pujian daripada warganet yang rata-rata memuji raut wajahnya yang lebih natural tanpa sebarang make up berlebihan.

 

“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.

“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tidak berapa nak pasti berkenaan itu.

“Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu mengunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya.

tampil lebih ‘natural’, lisa surihani dah malas fikir pasal make up bila keluar

Menurut Lisa, 36, beliau tidak beberapa pasti jika ada netizen yang lebih suka beliau mengenakan make up apabila tampil dikhalayak ramai.

 

Lisa dalam pada lain kini banyak meluangkan masa menguruskan anak-anak selain turut melakukan beberapa aktiviti ibadah seperti mengaji dan menyertai kelas agama.

 

Beliau akui bukan mudah untuk kekal istiqomah dalam melakukan kebaikan, namun kita perlu sentiasa mendoakan antara satu sama lain dan meminta agar Allah memudahkan segala urusan.

 

Sumber: Gempak