COVID-19: Lima Kes Varian UK B.1.1.7 Dikesan Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat dua lagi kes COVID-19 dengan varian UK B.1.1.7 kini dikesan di Malaysia.

covid-19: lima kes varian uk b.1.1.7 dikesan di malaysia

Ia sekaligus menjadikan jumlah kes dengan varian B.1.1.7 di Malaysia kini sebanyak 5 kes, setakat 15 April.

 

Dua kes terbaru itu adalah kes keempat dan kelima merupakan pengembara warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Poland pada Mac 2021. Kedua-dua mereka didapati positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 dan telah diberikan rawatan selanjutnya.

 

Pertama kali varian B.1.1.7 itu dikesan tahun lalu di Malaysia oleh seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke UK pada Disember 2020.

covid-19: lima kes varian uk b.1.1.7 dikesan di malaysia

Selain varian UK, satu lagi varian dari Afrika Selatan iaitu B.1.351 juga dikesan di Malaysia. Kedua-dua varian boleh menular dengan pantas walaupun banyak kajian saintifik masih berjalan untuk mengkaji gejala dan kesan jangkitan varian-varian ini.

 

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menjaga penjarakan sosial, membasuh tangan dengan kerap, memakai pelitup separuh muka ketika ditempat awam serta patuh kepada SOP yang telah ditetapkan.

 

 

Sumber: @KKMPutrajaya