Lembah Klang Beralih Dari Fasa 1 Kepada Fasa 2 Mulai 10 September

Kerajaan kini bersetuju membenarkan Lembah Klang untuk beralih daripada Fasa 1 kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa Jumaat ini, 10 September 2021.

lembah klang beralih dari fasa 1 kepada fasa 2 mulai 10 september

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Tambah lagi, pergerakan antara negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Wilayah Persekutuan Putrajaya juga dibenarkan dan tiada sekatan jalan raya dibuat, berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

 

Dalam pada itu, fasiliti sukan dan rekreasi komersil terbuka dan tertutup juga telah dibenarkan beroperasi kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin.

 

Turut dibenarkan, aktiviti pelancongan dalam negeri melibatkan penginapan di hotel dan rumah inap bagi individu yang lengkap dua dos vaksin.

 

Selain itu, sektor perdagangan dan pengedaran turut dibenarkan beroperasi pada 10 September ini. Ia melibatkan perniagaan kedai bunga atau nursery, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan.

 

Bagaimanapun, semua kelonggaran yang diberikan adalah masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) umum seperti menjaga penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka ditempat awam.

 

Sumber: [1]