Aktres, Daiyan Trisha adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air.
Selain berlakon, menyanyi dan mencipta lagu, pemilik nama sebenar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin ini juga merupakan seorang penulis buku.
Daiyan baru-baru ini telah pun melancarkan dan menjual buku tulisannya dan ia mendapat sambutan sehingga habis dijual.
Apa yang istimewa dengan buku tulisan Daiyan Trisha ini adalah terdapat beebrapa buku yang istimewa yang mempunyai air mata, senyuman dan juga ciuman.
Baru-baru ini, seorang pemuda dengan nama @luqmanshii telah menarik perhatian ramai selepas menunjukkan buku hasil tulisan Daiyan Trisha yang terakhir dibeli olehnya.
“I got the last book,” tulis pemuda itu pada video yang dicantumkan bersama video Daiyan Trisha di Tiktok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji betapa bertuahnya lelaki itu kerana dapat membeli buku terakhir yang mempunyai bekas gincu hasil ciuman Daiyan Trisha pada buku berkenaan. Malah, ada juga yang sanggup membeli dengan harga RM20 ribu!
Pun begitu, pemuda tersebut menjelaskan bahawa dia tidak akan menjual buku tersebut walaupun mendapat permintaan tinggi daripada ramai orang.
Sumber: Tiktok