Berdebar Saksi Saingan Mata 30-29, Lee Zii Jia Kini Juara All England

Final badminton All England kali ini nampaknya berlangsung dengan penuh getir apabila menyaksikan wakil dari Malaysia, Lee Zii Jia menjadi juara bagi kategori lelaki perseorangan.

berdebar saksi saingan mata 30-29, lee zii jia kini juara all england

Pertemuan Lee Zii Jia bersama pemain no. 2 dunia dan wakil dari Denmark, Viktor Axelson nampaknya sengit apabila keputusan bagi set pertama berlanjutan kepada mata 30-29, yang berpihak kepada Malaysia.

 

 

Set kedua juga tak kurang hebatnya apabila Zii Jia bangkit dan cuba memintas mata Viktor, namun Viktor membawa perlawanan ke pusingan rubber set selepas mengikat Zii Jia 20-22.

berdebar saksi saingan mata 30-29, lee zii jia kini juara all england

Zii Jia akhir berjaya membuktikan kehebatannya apabila menewaskan pemain no.2 dunia itu dengan mata 21-9.

 

Terdahulu, Zii Jia mengejutkan pemain no. 1 dunia, Kento Momota pada suku akhir All England, kelmarin sebelum melangkah ke final All England sebentar tadi.

 

Kali terakhir Malaysia merangkul kejuaraan badminton tertua di dunia itu adalah pada 2017 menerusi Datuk Lee Chong Wei.

 

Sumber foto: BAM