COVID-19: Kes Baharu Kembali Meningkat, Lebih Separuh Kes Tak Bergejala

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 12,366 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan pada 20 Julai 2021.

covid-19: kes baharu kembali meningkat, lebih separuh kes tak bergejala

Peningkatan kembali kes baharu positif COVID-19 ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di Malaysia kini melonjak kepada 939,899 kes. Berikut adalah perincian lain kes COVID-19 di Malaysia:

  • Kes sembuh : 7,567 kes (798,955 kes kumulatif, 85.0%);
  • Kes baharu : 12,366 kes (939,899 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (2 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 12,358 kes [10,002 warganegara (80.9%);  2,356 bukan warganegara (19.1%)];
  • Kes aktif : 133,703 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 924 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 448 kes;
  • Kes kematian : 93 kes (7,241 kes kumulatif, 0.77%; 91 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,299 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 18 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,379 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 920 kluster.

 

Daripada 12,366 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 52 kes (0.4 peratus) adalah daripada  kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 33 kes (0.3 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 93 kes (0.8 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 4,861 kes (39.2 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), dan 7,327 kes (59.3 peratus) kategori 1 (tidak bergejala). Keseluruhannya, hanya 1.5 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4, dan 5.

 

Tambah lagi, sebanyak 93 kes kematian dicatatkan dimana 31 kes di Selangor, 16 kes di Johor, sembilan (9) kes di Melaka, lapan (8) kes di Kedah, tujuh (7) kes di Pahang, masing-masing lima (5) kes di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Perak, masing-masing dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, dan Sarawak, serta satu (1) kes di Terengganu.

covid-19: kes baharu kembali meningkat, lebih separuh kes tak bergejala

Sumber: KKM