Dapatkan McChicken Percuma di McDonalds Drive Thru Sempena Merdeka Ini, Caranya Disini!

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-64, McDonald’s Malaysia menganjurkan Karnival Pandu-Lalu di seluruh negara sepanjang bulan Ogos ini

dapatkan mcchicken percuma di mcdonalds drive thru sempena merdeka ini, caranya disini!

Perniagaan Pandu-Lalu telah menjadi komponen yang amat penting bagi meningkatkan kedudukan syarikat sebagai pemimpin pasaran. Hal ini penting terutamanya ketika pandemik ini kerana kemudahan Pandu-Lalu mampu menyediakan jarak yang selamat untuk pengguna membeli makanan dengan mudah, cepat dan selesa.

 

Setakat ini, 70% daripada restoran McDonald’s di seluruh negara merupakan restoran Pandu-Lalu, yang menyumbang hampir separuh daripada jumlah jualan syarikat.

dapatkan mcchicken percuma di mcdonalds drive thru sempena merdeka ini, caranya disini!

Maka, bagi meraikan seluruh rakyat Malaysia bersempena hari kemerdekaan ini, Karnival Pandu-Lalu yang disambut di 202 buah restoran Pandu-Lalu di seluruh Malaysia ingin mengajak para pelanggan untuk sama-sama menunjukkan semangat patriotik mereka sebagai rakyat Malaysia. Ini termasuklah dengan menyertai promosi Merdeka Car Plate dan Merdeka Chant yang akan diadakan pada 27 - 31 Ogos 2021.

 

Bagi kempen Merdeka Car Plate, selama empat hari berturut-turut, McDonald's Malaysia akan mengumumkan dua nombor khas di laman media sosialnya.

 

Pelanggan yang mempunyai dua nombor berkenaan dengan urutan yang betul di nombor plat kereta mereka, boleh memenangi kad hadiah setiap kali membuat pembelian di kaunter Drive-Thru McDonald.

 

Pelanggan yang mempunyai dua nombor khas di plat nombor hanya perlu melaungkan "MERDEKA" di kaunter pengambilan Drive-Thru dan mereka boleh memenangi kad hadiah. Promosi adalah terhad kepada 100 kereta pertama di setiap restoran.

 

Pada 31 Ogos pula, McDonald's Malaysia menyediakan 60,000 burger McChicken secara percuma kepada pelanggan yang mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan mereka sebagai tanda semangat kemerdekaan.

 

Ketika membeli makanan, laungkan "MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA!" di kaunter pengambilan Drive-Thru untuk menuntut McChicken percuma. Tawaran ini terhad kepada 300 kereta pertama di setiap restoran.

 

Sila rujuk laman web McDonald, pada Minggu 4 (27 - 31 Ogos) untuk maklumat: Drive-Thru Carnival | McDonald's Malaysia (mcdonalds.com.my).

 

Sumber: [1], [2]