Selebriti popular, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, menjadi perhatian ramai kerana pada awalnya dikatakan berbulan madu dan melakukan rentas negeri untuk ke Langkawi, menerusi beberapa foto yang tular dilaman sosial.
Bagaimana pun menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Chatime Malaysia, pasangan itu tiba ke Langkawi bagi melakukan lawatan kerja, termasuklah akan ke Sungai Petani dan Kangar.
Malah, kebenaran merentas negeri ke Langkawi itu telah diperoleh dari balai polis berdekatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, seperti yang disebut dalam kenyataan rasmi syarikat minuman berkenaan.
Isu mengenai Neelofa dan PU Riz ke Langkawi ini timbul beberapa hari selepas majlis perkahwinan mereka diadakan pada minggu lalu, hingga menimbulkan kemarahan warganet.
Malah, carian ‘Langkawi’ juga menjadi trending di Twitter sejak semalam, dengan pelbagai reaksi berbeza dari netizen, berhubung isu terbabit.
Sumber: Twitter / Astro Awani