Pulau Langkawi, Kedah Diiktiraf Pulau Terbaik di Asia Tenggara

Pulau yang sering menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja dari dalam malah luar negara iaitu Pulau Langkawi telah menerima pengiktirafan sebagai satu daripada Pulau Terbaik di Asia Tenggara.

pulau langkawi, kedah diiktiraf pulau terbaik di asia tenggara

Anugerah peringkat antarabangsa oleh ‘Asia Best Awards 2022’ itu sekaligus menempatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terbaik di Asia.

..

Ia juga sebagai bukti usaha dan dedikasi berterusan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) terutamanya sepanjang pandemik COVID-19 yang menyaksikan ketiadaan pelancong tiba ke pulau tersebut.

.

"Walaupun berdepan pelbagai cabaran, kami tetap optimis dan memikul tanggungjawab untuk memastikan pulau ini berdaya tahan dalam perjalanannya ke arah pemulihan dan kekal menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai," kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib.

.

Selain itu, hotel Four Seasons Resort Langkawi turut menerima anugerah The Best Beach and Upcountry Hotel in Malaysia 2022.

.

Sumber: [1]