Langkawi Disasar Jadi Destinasi Pelancongan Pertama Dibuka

Pulau Langkawi dijangka menjadi sasaran destinasi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk dibuka semula kepada orang ramai selepas ini.

langkawi disasar jadi destinasi pelancongan pertama dibuka

Pembukaan semula pelancongan di pulau berkenaan dapat meningkatkan tahap sosioekonomi orang ramai yang terjejas akibat COVID-19.

 

Menurut menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pemilihan pulau peranginan itu sebagai pilihan pertama kerana lokasinya yang tertumpu, dan tertutup, membuatkan ia mudah dikawal.

langkawi disasar jadi destinasi pelancongan pertama dibuka

Langkawi juga disasar mencapai imuniti kelompok pada 31 Ogos, dengan penduduknya seramai 119,000 orang.

 

"Syarikat penerbangan antarabangsa juga pergi ke Langkawi... jadi ia fokus dan merupakan concentrated area untuk sektor pelancongan bagi mereka yang telah melengkapkan vaksinasi masing-masing," katanya.

 

Sebelum ini, Langkawi dijangka dibuka untuk sektor pelancongan pada 1 September namun ia terpaksa ditunda gara-gara peningkatan kes COVID-19 dalam komuniti.

 

"Penduduk Langkawi telah mencapai imuniti kelompok, jadi mereka telah bersedia, cuma mereka sekarang ini minta tangguh dahulu kerana kes COVID-19 mendadak naik," katanya.

 

Tambah beliau lagi, dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), diharapkan sektor pelancongan, seni dan budaya dapat kembali pulih dan akhirnya membantu meningkatkan sosioekonomi rakyat.

 

Sumber: [1]