Menggamit Kenangan Hari Raya Masa Kecil, Lagu Rindu Raya Dulu Bikin Air Mata Mengalir

Seakan tidak lengkap rasanya hari raya tanpa lagu-lagu raya yang penuh dengan maksud serta melodinya tersendiri.

 

Antara lagu raya baharu yang mendapat perhatian ramai tahun 2024 ini adalah lagu berdialek Kelantan berjudul Rindu Raya Dulu yang dinyanyikan bersama Issey Fazlisham, Fadil Turbo, Adam ZBP dan Ezeri Layang Puteh.

menggamit kenangan hari raya masa kecil, lagu rindu raya dulu bikin air mata mengalir

Lagu raya terbitan Yaya Empire dengan kerjasama komposer lagu pop Kelantan, Fadil Turbo ini nyata menggamit kembali kenangan kemeriahan berhari raya ketika kedua ibu dan bapa masih ada.

menggamit kenangan hari raya masa kecil, lagu rindu raya dulu bikin air mata mengalir

Mengisahkan tentang anak-anak perantau yang selalu pulang ke kampung untuk berhari raya bersama kedua ibu bapa, namun apabila ibu bapa mereka sudah tiada, segala kenangan bahagia dulu teringat kembali ketika menyambut hari raya.

 

Muzik video yang baru sahaja dimuatnaik di Youtube sejak dua hari lalu, lagu Rindu Raya Dulu ini telah membuatkan ramai pendengar mengalirkan air mata tatkala mendengarkan lagu ini sambil merindui keluarga masing-masing.

 

Sumber: Youtube