Lagu OST Filem Pulau, ‘Kau Aku Satu’ Nyanyian Alif Satar & The Locos Serius Best!

Selepas berjaya memenangi anugerah dalam sebuah pertandingan berprestij baru-baru ini, kumpulan penyanyi terkenal, Alif Satar & The Locos tampil dengan single terbaru  buat para peminat.

lagu ost filem pulau, ‘kau aku satu’ nyanyian alif satar & the locos serius best!

Lagu yang bertajuk Kau Aku Satu merupakan hasil nukilan sepenuhnya oleh komposer Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat, turut menampilkan melodi dan lirik berbeza yang membakar semangat baharu buat Alif Satar & The Locos bagi menyajikan kepelbagaian dalam menghasilkan karya mereka.

 

“Kau Aku Satu” mengisahkan tentang sebuah kisah cinta di antara dua dunia yang berbeza dimana mereka di halang kerana perbezaan hidup. Namun, mereka tetap berjuang mengharungi setiap onak duri bersama dan membuktikan jelas bahawa cinta yang tulus menyatukan mereka berdua.

lagu ost filem pulau, ‘kau aku satu’ nyanyian alif satar & the locos serius best!Mengekspresikan tempo yang rancak serta korus yang menarik, single terbaru daripada mereka ini bakal menjadi lagu hit di carta radio muzik tanah air. Mereka amat gembira dengan komitmen penerbit lagu kali ini dan mengutamakan semua aspek dalam penghasilan dan penerbitan lagu ini. Alif Satar & The Locos juga berharap agar Kau Aku Satu dapat mengetengahkan karya baharu industri muzik Malaysia.

 

Menariknya, lagu Kau Aku Satu juga merupakan Lagu OST filem Pulau yang bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia bermula 9 Mac nanti. Filem Pulau turut menampilkan Alif Satar sebagai pelakon utama yang memegang watak sebagai Ben. Antara pelakon lain yang turut membintangi filem Pulau adalah, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Namron dan ramai lagi.

 

lagu ost filem pulau, ‘kau aku satu’ nyanyian alif satar & the locos serius best!

Peminat Alif Satar & The Locos boleh mula mendengarkan single terbaharu ini melalui platform streaming digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer, Joox dan pelbagai lagi mulai 10 Februari. Selain itu, muzik video Kau Aku Satu juga telah dilancarkan di saluran YouTube rasmi WebTVAsia dan Alif Satar pada 20 Februari.

 

Jom dengar sekarang!