Enggan Terus Dibayangi Imej Dolla, Lagu Baru The Gadys Raih Pujian Netizen

Meskipun sering dibayangi dengan imej kumpulan DOLLA, The Gadys yang muncul sejak 2021 mempunyai resipi dan aura mereka tersendiri.

enggan terus dibayangi imej dolla, lagu baru the gadys raih pujian netizen

Dianggotai tiga ahli, iaitu dua ahli asal Aznie Azmi dan Ayunie Rizal serta muka baharu, Thamiera Chan, identiti The Gadys nyata berbeza dengan mana-mana kumpulan sedia ada.

 

"Apa yang bezakan kami dengan kumpulan yang lain adalah konsep, karakter, muzik dan tarian yang kami persembahkan. Kami masih 'hijau' lagi dalam industri ini dan akan teruskan apa yang kami nak buat," kata Aznie.

enggan terus dibayangi imej dolla, lagu baru the gadys raih pujian netizen

The Gadys baru-baru ini muncul dengan lagu baharu berjudul Gagal Cinta, ciptaan Ragu Lewi, Mage, Glowrush dan Pique.

 

Nyata impak The Gadys membuahkan hasil apabila rata-rata netizen memberi komen positif dengan persembahan mereka, serta memuji konsep yang dibawa The Gadys dalam lagu tersebut.

Penerimaan positif pendengar membuatkan The Gadys meluahkan rasa syukur dan berharap netizen dapat melihat kelainan mereka berbanding kumpulan lain.

enggan terus dibayangi imej dolla, lagu baru the gadys raih pujian netizen

"Alhamdulillah, ada juga maklum balas yang baik kami baca daripada lagu Gagal Cinta ini. Akhirnya netizen dapat melihat kelainan The Gadys berbanding kumpulan muzik yang lain," kata The Gadys.

 

Sumber: HMetro