Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle kini tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Bersama Dengan Rindu’, hasil ciptaan sepenuhnya Ezra Kong dibawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia.
Single terbaharu ini membawa konsep ‘patah hati’ menceritakan tentang cinta yang semakin lama semakin jauh atau renggang.
Ujar Diana, lagu berkenaan menggambarkan perasaan perit apabila kehilangan orang yang dicintai dan harapan yang masih ada walau ditinggalkan.
Menerusi video muzik rasmi Bersama Dengan Rindu di Youtube, Diana menjelaskan beliau memang suka dengan jenis lagu sebegini.
“Saya pula memang suka lagu begini, jadi sebab itu saya nak keluarkan lagu sedih. Jalan cerita memaparkan pasangan yang awalnya gembira, tapi lama kelamaan lelaki itu semakin jauh, ambil kesempatan dan terus menghilang.
“Tapi walaupun saya suka lagu sedih, saya tak suka pengakhiran yang terlalu berat sebelah, saya perlu letakkan sedikit keadilan. Jadi, dalam MV ini di hujungnya ada ‘plot twist’ yang mana perempuan tu tidak terus menunggu tapi terus move on. Biarpun lelaki itu cuba kembali, tapi perempuan itu tetap dengan pendiriannya,” katanya.
Tambah Diana lagi, beliau berharap lagu itu dapat mengubati hati mereka yang dalam fasa patah hati.
“Harapan untuk lagu, saya harap peminat dapat terima saya sebagai penyanyi. Sebab orang lebih mengenali saya sebagai pelakon. Harapnya semakin ramai orang boleh dengar dan ‘enjoy’ dengan lagu ini,” kata beliau.
Sumber: Gempak / Youtube