Diana Danielle Tampil Lagu Baharu, Nafi Tuju Buat Bekas Suami

Pelakon, Diana Danielle kini tampil dengan lagu baharu berjudul Bersama Dengan Rindu, yang telah dilancarkan beberapa hari yang lalu.

diana danielle tampil lagu baharu, nafi tuju buat bekas suami

Diana bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya lagu itu dihasilkan khas buat bekas suami, Farid Kamil, yang telah diceraikan baru-baru ini.

 

“Tidak. Bukan cara saya untuk gunakan hal peribadi dengan melakukan perkara begini (tulis lagu).

“Saya bukan mahu mengambil kesempatan, tetapi perlu meneruskan kerjaya,” katanya.

 

Menurut pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, 32, beliau menjelaskan perkara itu bagi mengelakkan salah faham.

.

“Sebenarnya sudah lama lagu ini dirakam iaitu pada awal tahun lalu manakala penggambaran video muzik dilakukan sekitar Januari jika tidak silap.

“Jadi, semua itu tiada kena mengena dengan keadaan masa kini.

“Cuma saya terpaksa keluarkan lagu ini dengan cepat kerana sudah lama disimpan. Lagipun, ada lagu lain yang perlu dikeluarkan mengikut giliran,” ujarnya lagi.

 

 

Baru-baru ini, pasangan selebriti ini menamatkan kontroversi rumah tangga apabila disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

 

Disebabkan keadaan kesihatan Farid yang tidak mengizinkan, prosiding itu terpaksa dibuat menerusi aplikasi Google Meet dan didengar Hakim Syarie Shukran Yusof.

 

Terdahulu, konflik rumah tangga pasangan terbabit mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai pada 10 Mac di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

 

Dalam pemohonan cerai itu, Diana sebelum ini, mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai pelakon Diana dalam suaminya.

diana danielle dan farid kamil sah bercerai menerusi aplikasi google meet

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun.

 

 

Sumber: Kosmo!