Hidup Pernah Diperlekeh, Stellar Kini Serius dan Sedia Hiburkan Peminat

Pernah tular menerusi platform Tiktok, kumpulan wanita baharu, Stellar kini sudah bersedia untuk melibatkan diri secara serius dalam industri hiburan tanah air.

kumpulan baru, stellar mahu berjaya macam defam dan dolla

Dianggotai empat gadis, Farisa, Hasya, Sheena dan Hany, kumpulan Stellar bakal mempertaruhkan lagu berjudul Where You Wanna Go sebagai pengenalan mereka kepada orang ramai.

 

Menurut Stellar, mereka berempat sebelum ini tidak pernah terfikir akan masuk ke dalam industri hiburan hiburan secara serius dan hanya menunjukkan bakat mereka menerusi Tiktok.

kumpulan baru, stellar mahu berjaya macam defam dan dolla

Mengulas lanjut mengenai single terbaharu mereka, meskipun ia mempunyai tajuk bahasa Inggeris, ia sebenarnya adalah lagu melayu yang penuh dengan kata-kata semangat terutamanya kepada kaum wanita.

 

“Where You Wanna Go mengenai sifat perkasa seorang wanita dan tentang diri kami yang mampu berdiri dengan kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain dalam mencapai matlamat kehidupan.

“Selain itu, mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini adalah tentang persahabatan antara kami dalam membina karier sebagai kumpulan wanita.

“Lagu ini juga secara keseluruhannya berkaitan dengan keyakinan diri, antara bait lagu yang kami tekankan adalah seperti “Akulah ratu, dan raja sekali.

“Ini membawa maksud kita tidak perlu sesiapa untuk mencipta versi diri yang terbaik. Asalkan kita berpegang teguh dengan pendirian dan prinsip yang kuat membolehkan kita untuk hadap apa pun dugaan hidup menimpa kita,” kata Farisa.

 

@stellar.theofficial 🥊🥊 Stellar bersama @andytehkh ! 🫢 #StellarMalaysia #WYWG #WhereYouWannaGo #musicontrend #fyp #girlgroup ♬ runtah speed up - aur 👾

 

Tambah lagi, ada antara mereka pernah diperlekeh oleh orang sekeliling dan dikatakan terlalu manja sewaktu membesar. Maka, lagu ini cukup memberi makna dan istimewa buat mereka sesama ahli kumpulan Stellar.

Diakhir kata, Stellar berharap kemunculan mereka dapat diterima ramai dan lagu yang sampaikan mampu meresap ke dalam jiwa khasnya golongan wanita.

 

Sumber: Gempak