Tempoh Kuarantin Dipendekkan Jika Lengkap Vaksin Tapi Positif COVID-19

Tempoh bagi pengasingan buat individu yang positif COVID-19 kini ditetapkan kepada 7 hari sekiranya individu itu lengkap vaksinasi dan tidak mengalami sebarang gejala.

tempoh kuarantin dipendekkan jika lengkap vaksin tapi positif covid-19

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin berkuatkuasa 16 Januari dan terpakai bagi kes positif yang sedang menjalani pengasingan ketika ini bagi semua jenis varian COVID-19.

 

Namun bagi mereka yang positif COVID-19 dan masih belum lengkap vaksinasi, tempoh kuarantin masih ditetapkan kepada 10 hari.

 

“Berdasarkan data, sains dan pengalaman negara-negara lain berkaitan pengurusan kes positif COVID-19 dan kontak rapat kepada kes positif, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat penilaian semula tempoh pengawasan dan pemerhatian dan memutuskan ketetapan terkini,” menurut beliau.

 

Tempoh kuarantin bagi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 turut dipendekkan kepada lima hari bagi invididu yang sudah menerima dos penggalak.

 

Bagi individu yang belum menerima dos penggalak dan lengkap dua dos vaksin, tempoh kuarantin ditetapkan kepada 7 hari.

 

Dalam masa sama, KKM telah meningkatkan kesiapsiagaan sistem perkhidmatan kesihatan negara dalam menghadapi kemungkinan peningkatan kes sususlan jangkitan varian Omicron dalam negara.

tempoh kuarantin dipendekkan jika lengkap vaksin tapi positif covid-19

tempoh kuarantin dipendekkan jika lengkap vaksin tapi positif covid-19

tempoh kuarantin dipendekkan jika lengkap vaksin tapi positif covid-19

Sumber: [1]