China Rekod Jutaan Kes Baru COVID-19, KKM Saran Rakyat Malaysia Ambil Dos Penggalak

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan semua rakyat Malaysia untuk mengambil suntikan dos penggalak, berikutan dengan peningkatan kes baharu COVID-19 di China setiap hari.

china rekod jutaan kes baru covid-19, kkm saran rakyat malaysia ambil dos penggalak

Wilayah Zheijiang berhampiran Shanghai kini sedang bergelut dengan kira-kira sejuta jangkitan baru COVID-19 setiap hari dan jumlah itu dijangka meningkat dua kali ganda dalam tempoh beberapa hari akan datang.

 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melihat kepada perkembangan terkini di China, KKM ingin menyarankan kepada semua untuk mendapatkan dos vaksin pengalak, terutamanya mereka yang bekerja di barisan hadapan dan juga kumpulan berisiko tinggi.

 

"Melihat kepada perkembangan terkini di negara China, KKM ingin menyarankan kepada semua untuk mendapatkan suntikan dos vaksin penggalak terutama barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi.

"Walaupun kes terkini dalam negara masih terkawal dan menurun, kita perlu mengambil tindakan bersiap siaga," katanya di Facebook pada Khamis.

Media pada Jumaat lalu melaporkan kira-kira 37 juta penduduk di China mungkin dijangkiti COVID-19 dalam sehari. Difahamkan sehingga 248 juta orang atau hampir 18 peratus penduduk berkemungkinan dijangkiti virus itu dalam 20 hari pertama pada Disember.

 

Sumber: KP Kesihatan