Cantik Betul Kostum Miss Universe Malaysia, Inspirasi Gunung Kinabalu!

Rekaan kostum kebangsaan Miss Universe Malaysia, Lesley Cheam bukan calang-calang kerana rupanya ia diilhamkan daripada gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu.

cantik betul kostum miss universe malaysia, inspirasi gunung kinabalu!

Kostum yang akan disarung Miss Universe Malaysia pada pertandingan Miss Universe di Amerika Syarikat ini mendapat sentuhan ekslusif pereka fesyen, Hatta Dolmat.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by PK (@myqueenation)

 

Kostum seberat 10kg berwarna metalik itu diserikan lagi dengan perincian batu jemeki menjadi lambang batuan granit yang sebati dengan pembentukan Gunung Kinabalu di Sabah.

 

 

Lebih menarik, bahan yang digunakan untuk menghasilkan kostum itu juga daripada fabrik terpakai termasuk poluethylene terephythalate (PET) yang biasanya digunakan untuk menghasilkan botol plastik serta pembungkus makanan.

cantik betul kostum miss universe malaysia, inspirasi gunung kinabalu!

Terdahulu, Hatta turut mempersembahkan beberapa rekaan lain yang diilhamkan dari Wau Bulan dan Wayang Kulit. Namun pihak pengurusan Miss Universe Malaysia sepakat memilih kostum yang berinspirasikan Gunung Kinabalu untuk pertandingan Miss Universe tahun ini.

 

Sumber: Astro AWANI