Selepas Sg Buloh, Kontena Khas Jenazah COVID-19 Kini Juga Di Hospital Selayang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penempatan kontena khas bagi menempatkan jenazah/mayat COVID-19 di Hospital Selayang.

selepas sg buloh, kontena khas jenazah covid-19 kini juga di hospital selayang

Ia selepas kontena yang serupa ditempatkan di Hospital Sungai Buloh yang mana mempunyai fungsi menyimpan dan menempatkan jenazah/mayat yang dijangkiti COVID-19 kerana ruang simpanan peti mayat sedia ada telah pun penuh.

selepas sg buloh, kontena khas jenazah covid-19 kini juga di hospital selayang

Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang ini dilaporkan boleh menempatkan sehingga 20 jenazah/mayat tambahan.

selepas sg buloh, kontena khas jenazah covid-19 kini juga di hospital selayang

Bilangan kes maut akibat COVID-19 di negara kita semakin hari semakin bertambah, terutamanya di kawasan Lembah Klang. Ia termasuklah 59 lagi kes kematian baharu dan juga kes jangkitan tertinggi pada 27 Mei 2021.

selepas sg buloh, kontena khas jenazah covid-19 kini juga di hospital selayang

 

Sumber: KKM