Kontena Khas Tempat Simpan Jenazah COVID-19 Ditambah Di Hospital Sg Buloh

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penambahan kontena khas di Hospital Sungai Buloh sebagai tempat penyimpanan jenazah/mayat COVID-19.

kontena khas tempat simpan jenazah covid-19 ditambah di hospital sg buloh

Ia ekoran peningkatan jumlah mangsa maut akibat wabak berkenaan dengan tiga puluh enam lagi kematian baharu dilaporkan pada 16 Mei 2021.

kontena khas tempat simpan jenazah covid-19 ditambah di hospital sg buloh

Menurut KKM, lebih 80 peratus kematian COVID-19 di negara ini adalah melibatkan golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau juga komorbiditi.

Tambah lagi, kebanyakkan mangsa yang maut ini mendapat jangkitan COVID-19 daripada ahli keluarga mereka yang terdekat.

 

 

Justeru, buat anda yang tinggal bersama dengan golongan berisiko tinggi, lindungilah diri anda dan mereka daripada terkena jangkitan wabak COVID-19.

 

Sumber: KKM