Tiket Habis Dalam 24 Jam, Konsert Ella Tambah Satu Malam Lagi!

Ekoran daripada sambutan hangat terhadap Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota, penganjur akhirnya bersetuju untuk menambah satu malam lagi khas buat para peminat.

tiket habis dalam 24 jam, konsert ella tambah satu malam lagi!

Pada mulanya tiket konsert itu telah habis dibeli peminat dalam tempoh 24 jam sebaik sahaja jualan dibuka.

 

Justeru, pihak penganjur iaitu Hitman Solutions berbesar hati untuk menambah satu lagi malam persembahan ekslusif ratu rock negara ini selepas melihat permintaan sangat memberangsangkan daripada peminat Ella.

tiket habis dalam 24 jam, konsert ella tambah satu malam lagi!

"Atas permintaan ramai yang menghantar mesej langsung dan ciapan di Twitter, kami memutuskan menambah satu malam lagi konsert Ella.

"Kami akan merealisasikan perkara ini khusus buat peminat Ella," ujar Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal.

 

Penjualan tiket bagi malam kedua Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota akan mula dijual hari ini, 16 Mac 2023 jam 12 tengahhari di www.hitmanlive.com.

tiket habis dalam 24 jam, konsert ella tambah satu malam lagi!

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota adalah bagi meraikan 35 tahun penglibatan Ella dalam industri muzik dan beliau akan mendendangkan 35 lagu termasuklah Sepi Sekuntum Mawar Merah, Standing In the Eyes of the World, Sembilu, Baldu Biru dan Retak.

 

Konsert Ella ini akan diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil pada 10 Jun 2023.

 

Sumber: BH