Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota Jawapan Kenapa Ella Padam Semua Gambar Di IG

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota adalah jawapan kepada persoalan ramai mengenai tindakan ratu rock, Ella yang memadam semua gambarnya di Instagram baru-baru ini.

konsert jilid akhir: ella puteri kota jawapan kenapa ella padam semua gambar di ig

Menurut pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin, 56, beliau menafikan perkara itu sebagai gimik untuk meraih perhatian, sebaliknya dia hanya ingin berehat dari media sosial buat sementara waktu.

 

Ella turut menghargai peminat dan ingin menghadiahkan kepada semua yang banyak menyokongnya selama ini menerusi persembahan konsert.

konsert jilid akhir: ella puteri kota jawapan kenapa ella padam semua gambar di ig

“Jilid Akhir: Ella Puteri Kota ini saya dedikasikan buat semua peminat yang setia menyokong perjalanan seni saya selama ini. Tiada kata penghargaan yang dapat tandingi sekongan kalian semua.

“Kita sudah berbincang beberapa buah lagu yang akan dipersembahkan termasuk artis jemputan.

“Sekalipun ini merupakan jilid akhir konsert solo saya dalam skala besar sepanjang 35 tahun ini, namun saya percaya ia hanyalah permulaan baharu bagi penggembaraan kerjaya Ella,” ujarnya.

 

Tambah Ella lagi, konsert itu bukanlah yang terakhir buatnya, meskipun konsert tersebut mempunyai nama Jilid Akhir.

konsert jilid akhir: ella puteri kota jawapan kenapa ella padam semua gambar di ig

“Ini bukan persembahan terakhir saya. Namanya jilid terakhir sebab itu tajuk buku yang saya terbitkan sepanjang kerjaya 35 tahun,” jelasnya.

 

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 10 Jun 2023 jam 8 malam. Tiket konsert boleh mula dibeli bermula 13 Mac ini menerusi laman www.hitmanlive.com..