“Dia Wanita Kuat Kena Hadap Benda Begini,” Komen Sharnaaz Bila Bekas Isteri Bercerai

Pelakon, Sharnaaz Ahmad berpendapat bekas isterinya, Noor Nabila adalah seorang wanita yang kuat dalam berhadapan dengan dugaan.

“dia wanita kuat kena hadap benda begini,” komen sharnaaz bila bekas isteri bercerai

Ia berikutan dengan perpisahan Noor Nabila bersama Engku Emran yang akhirnya bercerai talak satu pada Isnin, 25 September.

 

Menurut pemilik nama sebenar Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, beliau yakin ibu kepada Jebat itu pasti dalam keadaan okay meskipun berdepan dengan ujian sebegitu.

 

“Insya-Allah dia okey, jangan risau.

“Dia wanita kuat dan memang kena hadap benda-benda begini, hendak buat macam mana.

“Bukannya kita minta, kalau kita minta lainlah. Memang akan ada benda tak kena dalam hidup, jadi kena terima,” katanya.

 

Dalam pada itu, Sharnaaz juga percaya setiap ujian yang datang pasti akan ada sinar menanti di kemudian hari.

 

“Tuhan beri kita macam-macam. Apabila dia beri yang baik, kita buat-buat tak nampak tetapi apabila dia beri yang tidak seronok, kita nampak pula.

“Dia tarik nikmat dan buat kita rasa pening sikit untuk memberi sinar lain dalam hidup. Selalulah fikir positif,” jelasnya.

“dia wanita kuat kena hadap benda begini,” komen sharnaaz bila bekas isteri bercerai

Sementara itu, kata Sharnaaz dia menasihatkan orang ramai agar tidak masuk campur hal rumah tangga orang lain sehingga melemparkan tanggapan negatif.

 

“Kadang-kadang sebagai manusia, jangan menyibuk sangat hal orang sebab hal sendiri pun tak tahu apa akan jadi nanti.

“Jangan terlalu ‘over’ sibuk pasal hal orang dengan buat andaian. Tuhan pun akan balas semula apa yang kita kutuk orang lain.

“Apa sahaja yang kita bercakap pada orang, Tuhan akan beri semula hal sama pada kita,” jelasnya lagi.

 

Terdahulu, Noor Nabila dan Engku Emran telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

noor nabila dan engku emran sah bercerai talak satu, “ini semua takdir..”

Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. Namun mereka berpisah pada Julai 2020.

 

Sumber: Instagram Sharnaaz