Khairy Jamaluddin Kembali! Kali Ini Berada Di Kerusi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

khairy jamaluddin kembali! kali ini berada di kerusi menteri sains, teknologi dan inovasi

'#KJisback' dan '#abahkembali' jadi antara tanda pagar paling trending kat Malaysia sejak semalam, selepas Perdana Menteri mengumumkan barisan Kabinet beliau.​

Manakan tak, 'kelab peminat' bekas Menteri Belia dan Sukan tu boleh kata berpesta sakan kat alam maya untuk menyambut kembalinya hero mereka.​Tapi kali ni tak macam jangkaan ramai kerana Khairy Jamaluddin tak kembali ke KBS tapi memegang portfolio baru sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.​

Janganlah terlalu kecewa. Ada relevan tau Abah pegang jawatan ni. Nanti mungkin boleh jadi asbab lebih ramai anak muda berinovasi dan minat sains teknologi.​Barulah Malaysia bertambah maju. Kira KJ ni pembakar semangatlah

Oh ya, semua perasan kan sejak beberapa bulan ni KJ selesa dengan gaya rambut panjang ala hero Hollywood yang laku keras.

khairy jamaluddin kembali! kali ini berada di kerusi menteri sains, teknologi dan inovasi

Bagaimanapun, KJ ada memuat naik sekeping gambar pada Instagram Storynya. Melalui gambar tersebut, rambut KJ yang dulunya mempunyai stylo tersendiri telah kembali dalam keadaan kemas dan rapi.

​Mungkin dikemaskan atau dah digunting sikit.​ Mungkin jugak beliau nak bagi hint dah sedia kembali beraksi di pentas utama politik negara.

khairy jamaluddin kembali! kali ini berada di kerusi menteri sains, teknologi dan inovasi

Jom kita pi deep sikit pasal KJ. Kepada yang belum tahu, menteri berusia 44 tahun lulusan Universiti Oxford ni boleh tahan berwarna-warni profil kerjayanya.​

KJ pernah jadi pengacara program bual bicara TV, penulis majalah The Economist, Pengerusi PUNB dan Timbalan Pengerusi FAM.​ Pengalaman beliau dalam bidang politik pun meriah. Terjun ke dunia politik bersama UMNO sejak 1998 dan sampai sekarang masih setia dengan parti sama.​

Terserlah kan kesetiaannya?

Ahli Parlimen Rembau sejak 2008 ni jugak pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO.​ Beliau sangat terkenal dengan pandangannya yang tidak terbatas serta lantang bersuara. Pasca tumbangnya kerajaan BN dalam PRU 14 lalu, beliau masih lantang mengkritik minta semua pihak muhasabah diri dalam pelbagai isu dan perkara.​

Selepas tu, KJ nampaknya selesa menjalani hidup dengan gaya low profile, jauh daripada lensa kamera. Hanya sekali sekala sahaja beliau memilih untuk berkongsi gambar dan status di laman sosial.​

Dan selepas sahaja sidang media oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, boom! Nama KJ mencanak naik semula. Warganet bersorak gembira apabila nama KJ berada dalam senarai Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.​

OK, ini ucapan KJ untuk KJ pula,

Selamat bertugas kembali KJ. Mungkin ni satu latihan menaiki tangga lebih tinggi dalam mentadbir negara. ​Sesungguhnya jika Allah izinkan terjadi maka ia akan terjadi.

KJ menulis untuk KJ​

Sumber rujukan & foto: AWANI, BERNAMA & internet