“Tiap Pagi Masuk Diari Bengkak Mata Rabak Suara,” Khai Imbau Kenangan Akademi Fantasia

Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai AF adalah sebuah rancangan televisyen realiti pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada pesertanya untuk bersaing dan merebut gelaran juara.

“tiap pagi masuk diari bengkak mata rabak suara,” khai imbau kenangan akademi fantasia

Mula ditayangkan pada Jun 2003, AF menjadi salah satu daripada rancangan yang mencatat rating paling tinggi ditonton di Astro Ria.

 

Khai Wahi yang merupakan naib juara Akademi Fantasia (AF) musim pertama (AF1) baru-baru ini telah mengimbau kembali kenangan sewaktu menjadi pelajar AF dahulu.

“tiap pagi masuk diari bengkak mata rabak suara,” khai imbau kenangan akademi fantasia

Menurut Khai, sedangkan penyanyi ‘otai’ di GegarVaganza (GV) pun kelam-kabut untuk mempersiapkan diri selama seminggu sebelum membuat persembahan pentas, inikan pula mereka yang masih ‘hingusan’ belajar di AF sebelum ini.

 

“GV semua yg masuk otai2 diva2 pengalaman berpuluh tahun pun bila dapat lagu bagi masa seminggu pun agak kelam kabut juga kan.

“Inikan pula AF bermula zero berhingusan tanpa pengalaman dikritik kaw2 setiap minggu tapi semuanya kebal secara tiba2 sbb rapat semua spt family tidak kira siapapun yg terlibat itulah Family kami ketika itu walaupun nemo (kucingku), nangis bukan kerana dikritik tp sbb kawan tersingkir,” kata Khai.

 

Beliau juga tidak dapat melupakan kenangan membuat latihan nyanyian, tarian dan seumpamanya dalam masa beberapa hari sebelum menjelangnya konsert AF setiap hujung minggu.

 

“Tiap2 pagi masuk diari bengkak mata rabak suara beraircond pagi smpi malam. Menari, menyanyi kadang2 back up singer back up dancer dan seumpamanya. Itulah AF, nak cuba?,” ujar Khai yang juga kini suami kepada salah seorang lagi peserta AF, Rosma.

“tiap pagi masuk diari bengkak mata rabak suara,” khai imbau kenangan akademi fantasia

Dalam masa tiga bulan berada di Akademi Fantasia, beliau juga tidak menafikan rasa rindu pada keluarga tanpa sebarang khabar berita sepanjang berada di AF.

 

“Rindu dekat family jgn cakap lah… 3 bulan wei… Tanpa tv tanpa berita tanpa suratkhabar lah apa perkembangan luar tak tahu, bila keluar org serbu smpi pintu PWCT pun pecah lah…

“Itulah proses yang kami lalui, pengalaman & memori yang tidak ternilai harganya…

“Terima kasih semua yang support semua AF sejak 2003,” ujar Khai lagi.

Sekadar info, Khai berjaya menghasilkan album yang diberi judul Dambaan Pilu pada tahun 2004 dan album kedua berjudul Terbang Tinggi pada tahun 2008.

“tiap pagi masuk diari bengkak mata rabak suara,” khai imbau kenangan akademi fantasia

Sumber: Facebook