Kes HFMD Meningkat 27 Kali Ganda, Selangor Paling Tinggi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan terdapat peningkatan sebanyak 27 kali ganda bagi kes penyakit tangan, kaki dan mulut atau "Hand, Foot And Mouth Disease" (HFMD) di Malaysia.

kes hfmd meningkat 27 kali ganda, selangor paling tinggi

Menurut laporan bagi tahun 2022 sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 21/2022 (pada 28 Mei 2022), sejumlah 65,535 kes HFMD telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 27 kali ganda bagi tempoh yang sama bagi tahun 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,333 kes. Manakala kes HFMD yang dilaporkan bagi ME 21/2022 adalah 18,602 berbanding 15,548 pada ME 20/2022 iaitu peningkatan sebanyak 19.6% (Rajah 1).

kes hfmd meningkat 27 kali ganda, selangor paling tinggi

Sehingga 28 Mei 2022, negeri Selangor menyumbang jumlah kes HFMD tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu 18,525 kes (28.27%), diikuti oleh WP Kuala Lumpur & Putrajaya 8,088 kes (12.34%), Perak 5,810 kes (8.87%), Kelantan 4,905 kes (7.48%), dan Sabah 4,077 kes (6.22%).

.

Sebanyak 59,831 kes HFMD (91%) dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah dan 4,593 kes (7%) adalah kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.

.

Tambah lagi, pada tahun 2022, sehingga kini, terdapat tiga (3) kes HFMD yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU). Kes pertama dan kes kedua dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) dan disahkan dijangkiti EV71. Manakala kes ketiga dimasukkan ke ICU kerana pemantauan selepas pembedahan perut. Kes ketiga ini telah pun dipindahkan ke wad pembedahan biasa pada 27 Mei 2022 untuk pemantauan lanjut. Manakala kes pertama dan kedua masih di bawah pemantauan rapi di ICU.

.

Sehubungan itu, KKM menegaskan kepentingan menjalankan saringan kesihatan kepada kanak-kanak di pintu masuk taska/ tadika/ tabika/ pra-sekolah, dan pusat-pusat asuhan dan pembelajaran kanak-kanak bagi mengesan kanak-kanak yang mempunyai gejala penyakit berjangkit termasuk HFMD.

.

Sumber: [1]