7,478 Kes, Angka Tertinggi Kes Baru Positif COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 7,478 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan pada 26 Mei 2021.

 

Ia sekaligus menjadi angka tertinggi kes harian di Malaysia sejak pandemik COVID-19 melanda tahun lalu.

 

Pertambahan bilangan kes positif ini menjadikan jumlah keseluruhan di Malaysia kini 533,367 kes, diikuti 63 lagi kes kematian baharu yang menjadikan jumlah kes maut kini 2,432 kes.

7,478 kes, angka tertinggi kes baru positif covid-19

Sebanyak 12.41% lagi kes aktif COVID-19 dengan 756 kes di ICU dan 377 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

 

Sumber: KKM