Pertama Kali Kes Baru COVID-19 Turun Kepada Tiga Angka Tahun Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 pada 29 Mac menurun kepada tiga angka iaitu sebanyak 941 kes.

pertama kali kes baru covid-19 turun kepada tiga angka tahun ini

Ia adalah kes harian terendah untuk tahun 2021, dimana kali terakhir Malaysia mencatatkan kes harian dibawah angka 1,000 adalah pada 9 Disember 2020.

 

 

Daripada 941 kes baharu ini, 219 daripadanya adalah dari Selangor, diikuti Sarawak (192), Johor (171) dan Pulau Pinang (164).

pertama kali kes baru covid-19 turun kepada tiga angka tahun ini

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 342,885 kes setakat 29 Mac 2021.

 

Sumber: KKM