Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 7,289 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada 25 Mei 2021.
Menerusi ciapan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, rekod baharu itu dicatatkan dengan pecahan kes setiap negeri seperti yang berikut:
- Selangor : 2,642 kes
- Sabah : 266 kes
- Johor : 664 kes
- Kuala Lumpur : 604 kes
- Sarawak : 513 kes
- Pulau Pinang : 380 kes
- Negeri Sembilan : 410 kes
- Kelantan : 425 kes
- Perak : 218 kes
- Kedah : 336 kes
- Melaka : 258 kes
- Pahang : 211 kes
- Terengganu : 268 kes
- WP Labuan : 63 kes
- WP Putrajaya : 23 kes
- Perlis : 8 kes
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus duduk di rumah dan patuh kepada SOP yang ditetapkan dalam usaha kita bersama memutuskan rantaian wabak COVID-19.
Sumber: DG Hisham