97.8 Peratus Kes Baru COVID-19 Tidak Bergejala & Bergejala Ringan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 17,236 lagi kes baru positif COVID-19 dilaporkan di Malaysia pada 9 Ogos 2021.

 

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia kini kepada 1,279,776 kes.

 

Daripada 17,236 kes baharu ini, sebanyak 372 kes (2.2 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 16,864 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2 iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.

97.8 peratus kes baru covid-19 tidak bergejala & bergejala ringan

Secara keseluruhan, hanya 4,556 kes (26.4 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19. Perincian status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 9 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari) adalah seperti berikut;

  • Kes sembuh : 15,187 kes (1,041,585 kes kumulatif, 81.4%);
  • Kes baharu : 17,236 kes (1,279,776 kes kumulatif);
  • Kes import : 29 kes (17 warganegara, 12 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 17,207 [14,437 warganegara (83.9%);  2,770 bukan warganegara (16.1%)];
  • Kes aktif : 227,230 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,095 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 579 kes;
  • Kes kematian : 212 kes [10,961 kes kumulatif, 0.86%; 186 warganegara, 26 bukan warganegara; 16 kes BID (14 warganegara; 2 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,974 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 36 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,742 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,232 kluster.

 

Menurut KKM lagi, daripada 212 kes kematian yang dilaporkan, sebanyak  76 kes di Selangor, 24 kes di Johor, 20 kes di Kedah, 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 kes di Pahang, 14 kes di Negeri Sembilan, 12 kes di Pulau Pinang, 11 kes di Sabah, lapan (8) kes di Melaka, lima (5) kes di Terengganu, empat (4) kes di Kelantan, dua (2) kes di Perak, serta masing-masing satu (1) kes di Perlis dan Sarawak.

97.8 peratus kes baru covid-19 tidak bergejala & bergejala ringan

Sumber: KKM