Terengganu, Kedah & Johor Catat Kebolehjangkitan COVID-19 Tertinggi Setakat Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan negeri Terengganu telah mencatatkan nilai kebolehjangkitan COVID-19 tertinggi sehingga 26 Julai iaitu dengan nilai 1.29.

Medical workers collect swab samples from people at a coronavirus disease (COVID-19) testing centre in Petaling Jaya, Malaysia January 25, 2021. REUTERS/Lim Huey Teng

Ia melebihi nilai RT di Malaysia sebanyak 1.14, dengan diikuti negeri Kedah dan juga Johor (nilai RT 1.26).

 

Dalam pada itu, pada 27 Julai 2021, KKM turut melaporkan terdapat 16,117 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 1,044,071 kes. Daripada 16,117 kes baharu ini, sebanyak:

  • 87 kes, 0.5 peratus (95.4% kes tiada sejarah vaksinasi) adalah daripada  kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan);
  • 124 kes, 0.8 peratus (83.9% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen);
  • 135 kes, 0.8 peratus (73.3% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 3 (radang paru-paru);
  • 6,710 kes, 41.6 peratus (79.5% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 2 (bergejala ringan); dan
  • 9,061 kes, 56.3 peratus (94.4% kes tiada sejarah vaksinasi) kategori 1 (tidak bergejala).

 

Tambah KKM lagi, daripada 207 kes kematian yang dicatatkan, 96 kes adalah di Selangor, 34 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 21 kes di Johor, 17 kes di Melaka, 15 kes di Kedah, tujuh (7) kes di Negeri Sembilan, lima (5) kes di Kelantan, masing-masing tiga (3) kes di Sabah dan Terengganu, masing-masing dua (2) kes  di Sarawak dan Pahang, serta masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Sumber: KKM