210 Lagi Kes Kematian, Jumlah Angka Maut Kini 10,389 kes

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 210 lagi kes kematian dicatatkan pada 7 Ogos 2021, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kini mencecah 10,389 kes.

 

Daripada 210 kes kematian ini, 88 kes dilaporkan di Selangor, 33 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 28 kes di Johor, 17 kes di Kedah, 13 kes di Sabah, lapan (8) kes di Melaka, enam (6) kes di Perak, masing-masing lima (5) kes di Negeri Sembilan dan Kelantan, empat (4) kes di Pulau Pinang, serta masing-masing satu (1) kes di Pahang, Sarawak, dan Perlis.

210 lagi kes kematian, jumlah angka maut kini 10,389 kes

Jumlah kes harian COVID-19 di Malaysia sedikit menurun berbanding dengan hari sebelumnya iaitu 19,257 kes, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kes di Malaysia kini terus melonjak kepada 1,243,852 kes. Perincian status terkini kes COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Kes sembuh : 16,323 kes (1,009,343 kes kumulatif, 81.2%);
  • Kes baharu : 19,257 kes (1,243,852 kes kumulatif);
  • Kes import : 16 kes (10 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,241 kes [15,893 warganegara (82.6%);  3,348 bukan warganegara (17.4%)];
  • Kes aktif : 224,120 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,097 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 575 kes;
  • Kes kematian : 210 kes (10,389 kes kumulatif, 0.83%; 177 warganegara, 33 bukan warganegara); BID : 34 kes (22 warganegara, 12 bukan warganegara;
  • Jumlah kluster : 3,899 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 36 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,702 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,197 kluster.

 

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, sebanyak 740 kes (3.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 18,517 kes (96.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Secara keseluruhan, hanya 4,178 kes (21.7 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19.

 

Sumber: KKM