Kerajaan Setuju Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Selepas mendengar keluhan ramai yang meminta kebenaran untuk pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP), kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju membenarkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000.

kerajaan setuju pengeluaran khas kwsp rm10,000

Menurut sidang media oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, pengeluaran khas ini selepas kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk pengeluaran caruman KWSP.

 

Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

kerajaan setuju pengeluaran khas kwsp rm10,000

Sumber: Pejabat Perdana Menteri