Cara Cakap, Suara Dan Wajah Wanita Ini Mirip Betul Dengan Fazura!

Orang kata kita pasti akan ada kembar seiras di dunia ini, cuma bezanya sama ada kita dapat berjumpa dengan kembar itu atau tidak sahaja.

 

Baru-baru ini tular di laman Tiktok seorang wanita yang dikatakan menyamai hampir 100% dengan pelakon tanah air, Fazura.

cara cakap, suara dan wajah wanita ini mirip betul dengan fazura!

Wanita yang dikenali sebagai Elle itu turut menceritakan pengalamannya apabila disamakan dengan Fazura.

 

@officialellefara Replying to @JANAHH ♬ original sound - Elle & Zack Ribeye Steak - Elle Fara

 

Ujarnya ketika bekerja di sebuah restoran makanan segera semasa beliau bergelar pelajar, pengurus restoran itu menyatakan wajahnya salin tidak tumpah seperti Fazura.

 

“Dulu masa saya belajar di tahun ketiga, pada waktu cuti semester saya bekerja di KFC. Pengurus di situ cakap kenapa muka saya macam Fazura? Dia pun bertanya pekerja lain di situ dan semua cakap perkara sama.”

 

@officialellefara Replying to @sotset ♬ original sound - Elle & Zack Ribeye Steak - Elle Fara

 

Malah rata-rata warganet turut mengakui wanita itu menyamai Fazura, termasuklah cara bercakap serta suara mereka.

 

Lebih menarik lagi, Fazura sendiri turut meninggalkan komen pada video berkenaan dengan berkata “Oh, hi twin.”

cara cakap, suara dan wajah wanita ini mirip betul dengan fazura!

Adakah anda turut mempunyai rakan atau kenalan yang mirip dengan Fazura? Kongsikan artikel ini pada mereka juga!

 

Sumber: TikTok officialellefara