Rakan baik kepada aktres Sophia Albarakbah iaitu Shah Jaszle menyifatkan gelaran penyondol yang diberi kepada pelakon wanita itu adalah sesuatu yang melampau.
Ujar Shah Jaszle, prasangka segelintir pihak yang meletakkan panggilan buruk itu pada Sophia sebenarnya didorong oleh perasaan dengki dengan kejelitaan pelakon itu.
Malah beliau dan isteri, Nur Hanis Husna sering menjadi tempat untuk Sophia meluahkan rasa sedih, malah mereka juga bersimpati dengan situasi dihadapai beliau.
“Sudah tentu dia sedih sehingga meluahkan rasa terkilan kepada kami selepas dituduh dengan bermacam-macam tohmahan terutama dicop penyondol.
“Kami cuma minta dia abaikan saja perkara itu selain tak perlu takut kerana ada sesetengah individu cemburu serta insecure dengannya yang cantik dan lemah lembut.
“Sophia kerja keras untuk berada di tempat sekarang, jadi sebagai kawan saya nasihatkan dia jangan cepat mengalah,” katanya.
Tambah Shah Jaszle, ada juga sesetengah individu yang cuba mendekati Sophia melaluinya.
Pemilik nama sebenar Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin, 35, sikap lemah lembut dan kejelitaan Sophia boleh membuatkan hati ramai lelaki cair.
“Sikap lemah lembut serta kejelitaannya memang boleh buat hati lelaki cair sampai ada kenalan saya serta isteri meminta diperkenalkan kepadanya kerana tahu kami akrab.
“Tetapi kalau sudah rasa ada niat tak baik, memang kami tak layan terutama lelaki berstatus suami orang,” kata Shah yang juga bapa kepada dua orang cahaya mata.
Bagaimanapun Shah berkata, seseorang aktor perlu bijak menjaga batas supaya tidak terjebak dengan cinta lokasi, tambah pula yang sudah berkeluarga.
“Sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri nak bawa diri ke arah mana dan nak letakkan perasaan bagaimana terhadap heroin kita.
“Memang bila berlakon sekali kita akan rapat sebab nak mewujudkan keserasian ketika berlakon, tapi jangan berlebih-lebih selain kena sedar diri.
“Hakikatnya kelembutan Sophia boleh buat orang salah sangka dan ingat Sophia menyukai mereka. Itu yang mungkin cetuskan isu,” ulasnya lagi.
Sumber: Kosmo!