Lapan Dilaporkan Meninggal Dunia Insiden Tanah Runtuh Batang Kali

Satu kejadian tanah runtuh berlaku awal pagi Jumaat di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali.

lapan dilaporkan meninggal dunia insiden tanah runtuh batang kali

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), setakat jam 9.15 pagi seramai 8 mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

 

Tambah NADMA lagi, 92 mangsa telah ditemui, dimana 53 mangsa selamat dan 7 lagi cedera.

lapan dilaporkan meninggal dunia insiden tanah runtuh batang kali

lapan dilaporkan meninggal dunia insiden tanah runtuh batang kali

Satu panggilan kecemasan telah dibuat pada jam 2.24 pagi sebelum pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor tiba ke lokasi. Laporan awal mendedahkan kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan berhampiran 'Father's Organic Farm' dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan.

 

Operasi menyelamat masih giat diteruskan.

 

Sumber: NADMA / Awani